Penggunaan Ketuhar Gelombang Mikro Membahayakan Kesihatan

Apakah anda gemar memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro?  Mungkin anda tergolong dalam kalangan insan yang sibuk siang dan malam dan mengambil jalan pintas dengan memasak dengan menggunakan  ketuhar gelombang mikro.
Mengapa Ketuhar Gelombang Mikro?
mikro_oven
Mudah namun berisiko kepada manusia
mikro_oven1
Bahagian-bahagian pada ketuhar gelombang mikro
Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama  microwave oven  merupakan antara alatan elektronik moden yang popular dalam kalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.
Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, iaitu waktu sahur.  Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya..tunggu sebentar dan “Tinggg..”!  Makanan panas sudah pun sedia untuk dihidangkan.  Oleh yang demikian,  hampir setiap rumah kini memiliki ketuhar gelombang mikro ini.
Cara Memasak  Yang Melawan Fitrah
dapur_kayuMemasak cara tradisional lebih menyihatkan
Kaedah sebenar memasak adalah dengan memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.
Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang!
Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan.  Awaslah kesan penggunaan ketuhar gelombang ini.
Ketuhar Pengancam Nyawa
Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan seluruh dunia sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia.
Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya.  Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja.
Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Secara teorinya, penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa.  Apalagi jika tidak penyakit kanser, sakit jantung dan masalah penyakit lain yang berbahaya.
Makanan Menjadi  ToksikBagaimana toksik ini boleh berlaku?
Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan.  Oleh itu, molekul-molekul ini ‘dipaksa’ berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.
Merosakkan DNA Makanan
Satu perkara lain yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro ini adalah bagaimana ianya merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan.
Oleh kerana badan tidak mampu mengenali makanan, maka badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap ‘makanan mati‘  lalu  mengumuhkannya dengan pantas.
Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ianya selamat kerana demi keuntungan dalam perniagaan.
10 Alasan Ketuhar Gelombang Mesti Dibuang..Anda Setuju?
Hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia mendapati bahawa  :
1.  Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu
‘memendekkan’ utusan elektrik di dalam otak.
2. Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang
mikro.
3. Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro.
Kesan Makanan Gelombang Mikro
1 .  Makanan menjadi  ibarat sisa atau sampah di dalam badan manusia.
2.  Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.  Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat
makanan.   Badan manusia  juga menyerap bahan-bahan yang berubah itu tetapi tidak dapat meleraikannya.
3.  Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak /dipanaskan di dalam
ketuhar gelombang mikro.  Ini antara punca  pengidap kanser meningkat.
4.  Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus.
5 . Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
6.  Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.
Mungkinkah perlakuan-perlakuan seperti kecenderungan manusia hari ini menukar jantina iaitu  perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan berkaitan dengan kecelaruan hormon?  Hal seperti ini berlaku di seluruh dunia.
Fenomenanya krisis identiti dan kejantinaan  kini kamin menular dan semakin menjadi kelaziman.  Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah yang mana juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.
Oleh itu, ubahlah cara penyediaan makanan anda andai sayangi diri dan keluarga.  Jangan gadai nyawa sendiri serta keluarga kita.   Fikir-fikirkan lah… 


Written by

0 Comments: