9 Fakta Saintifik Menarik Berkaitan Dengan Umur

Pernahkah kita terfikir kesan setiap perkara yang kita amalkan kepada jangka hayat kita? Kebanyakan perkara tersebut sememangnya disuruh oleh agama kita, tetapi malangnya kita selalunya mengambil mudah. Sebagai orang Islam kita mesti yakin bahawa setiap yang disuruh oleh agama pasti ada kebaikannya dan perlu diamalkan tanpa banyak soal. Jangan pula kita menunggu fakta saintifik baru kita hendak mengamalkannya. Pegangan sebegini adalah salah. Apakah 9 fakta tersebut?
Hidup 5 Tahun Lebih Lama Jika Makan Chocolate 
Kajian mendapati mereka yang memakan chocolate 3 kali seminggu mempunyai jangka hayat 5 tahun lebih lama berbanding mereka yang selalunya berkata “tidak” kepada makanan tersebut. Fakta ini pasti megembirakan para peminat chocolate.

Hidup 3 Tahun Lebih Lama Jika Amal Basuh Tangan
Mereka yang mengamalkan basuk tangan lepas masuk tandas dan sebelum makan didapati hidup lebih lama berbanding mereka yang tidak berbuat begitu. Islam sentiasa menekankan kebersihan dan sentiasa menyuruh kita membasuhkan tangan selepas ke tandas dan sebelum makan.

Hidup 10 Tahun Lebih Pendek Jika Bersendirian
Kajian menunjukkan mereka yang bersendirian dan kesunyian mempunyai jangka hayat secara purata 10 tahun lebih pendek. Manakala mereka yang mempunyai ramai teman dan ahli keluarga yang rapat akan hidup lebih ceria dan mempunyai jangka hayat yang lebih lama.
Hidup Lebih Lama Jika Mengambil Vitamin C
Mengambil Vitamin C 300-400 gram sehari akan meningkatkan jangka hayat selama satu tahun dikalangan wanita. Manakala kesan positif Vitamin C jauh lebih baik kepada kaum lelaki. Fakta menunjukkan kaum lelaki yang mengambil Vitamin C setiap hari mempunyai jangka hayat 6 tahun lebih lama berbanding mereka yang tidak berbuat demikian. Kenapa kesan vitamin C lebih ketara kepada lelaki? Jawapannya mudah, ini adalah kerana kaum wanita sememangnya mempunyai risiko serangan penyakit jantung jauh lebih rendah berbanding lelaki kerana perlindungan yang terhasil oleh horman oestrogen.
Hidup Pendek Setahun Jika Melebihi Berat Badan 10 Pound.
Fakta sains telah menunjukkan setiap satu pound berat badan yang berlebihan (Overweight) akan memendekkan jangka hayat sebanyak 36 hari. Ini bermakna, lebihan 10 pound bersamaan dengan 360 hari, lebih kurang satu tahun.
Hidup pendek 15 tahun jika membiarkan diri anda diselubungi oleh “stress”
Penemuan fakta ini terhasil daripada “The 100 year-old New England Study”
Hidup 3 Tahun Lebih Lama Jika Mengamalkan Minum TEA
Setiap cawan minuman tea kaya dengan anti-oksidan. Kajian dikalangan pesakit jantung koronari menunjukkan mereka yang meminum 2 cawan teh setiap hari mempunyai risiko yang serangan kali kedua berkurangan sebanyak 44% dan membolehkan mereka hidup lebih lama berbanding mereka yang tidak mengamalkan meminum teh.
Nama Yang Mempunyai Makna Negatif Atau Buruk Dikaitkan Dengan Pendek Umur
Para penyelidik dari University of California dalam kajian mereka ke atas mereka yang telah meningeal dunia mendapati mereka yang mempunyai makna yang tidak baik atau negatif didapati mempunyai jangkat hayat 2.8 tahun lebih pendek berbanding mereka yang lain. Manakala mereka yang mempunyai nama yang berunsur positif didapati mempunyai jangkat hayat 4.8 tahun lebih lama berbanding yang lain. Ingat! Dalam Islam salah satu tanggungjawab bapa ialah memberi nama yang baik kepada anaknya.
Hidup 10 tahun lebih pendek jika sentiasa berfikiran negative dan berburuk sangka
Orang yang sentiasa berfikiran positif atau dikenali sebagai “optimists” hidup 10 tahun lebih lama berbanding mereka yang sentiasa berfikiran negative atau “pessimists” kata penyelidik dari Universiti Kentucky, U.S. Menurutnya emosi negatif akan meningkatan risiko sakit jantung dan stroke. Perbuatan buruk sangka ini juga ditegah oleh agama.
Sama-samalah kita amalkan.


Written by

0 Comments: