Cara-Cara Nak Format Windows 7

Cara-cara nya :

1) Hidupkan komputer dan masukkan CD/USB Windows 7.

Nota: Pastikan boot sequence anda ditetapkan kepada CD. Untuk maklumat lanjut tentang boot sequence, rujuk kepada artikel ini.

2) Jika keluar skrin hitam dengan mesej “Press any key to boot from CD or DVD…”, tekan mana-mana kekunci pada papan kekunci anda.



format1


Kemudian tunggu sehingga skrin-skrin lain habis dipaparkan.


format2


format3


3) Tetingkap “Install Windows” keluar. Tekan ‘Next’


format4


4) Tekan butang “Install now”


format5


5) Pilih edisi Windows 7 anda di ruangan ‘Architecture’, dan tekan ‘Next’.
note : x86 untuk 32bit dan x64 untuk 64bit.
Pilih berdasarkan kesesuaian pc anda.



format6


6) Tandakan pada kotak “I accept the license terms” dan tekan ‘Next’.


format7


7) Tekan pada pilihan “Custom (advanced)”.


format8


8) Pilih partition anda dan tekan ‘Next’.
note : partition ni adalah drive Hard disk korang.Selalunya akan ada 2 iaitu drive C dan drive D.Pilih drive C


format9


9) Windows akan memulakan pemasangan, tunggu sehingga proses ini selesai, dan komputer anda akan restart dengan sendiri.


format10

format11


10) Jika skrin hitam dengan mesej “Press any key to boot from CD or DVD…” keluar lagi, jangan tekan apa-apa dan biarkan sahaja.


format1

format3

Windows akan restart lagi dengan sendirinya, anda hanya perlu menunggu sehingga semua proses pemasangan selesai.


format12

format13


11) Tetingkap “Set Up Windows” keluar. Taipkan nama anda pada ruangan “user name” dan tekan ‘Next’.


format14


12) Taipkan kata laluan bagi komputer serta klu bagi kata laluan tersebut, dan tekan ‘Next’.


format15


13) Masukkan nombor produk yang disediakan bersama CD Windows 7 anda.

Nota: Langkah ini boleh ditinggalkan terlebih dahulu. Pastikan anda mengosongkan kotak “Automatically activate Windows when I’m online” jika anda menangguhkan langkah ini.



format16


14) Tetingkap “Set Up Windows” keluar. Tekan pada mana-mana pilihan anda.


format17


15) Pada bahagian “Time zone”, pilih “(UTC +08:00) Kuala Lumpur, Singapore” dan tekan ‘Next’.


format18


16) Sekiranya anda disambungkan kepada Internet, skrin berikut akan keluar. Tekan pada mana-mana pilihan anda.


format19


17) Kini, Windows 7 anda sudah dipasang dan siap sedia digunakan!


format20


:- Install software basic untuk kegunaan harian.

Antara software tersebut :

1. Avira Antivirus untuk melindungi komputer anda. Ingat, hanya install satu antivirus sahaja pada satu masa, jadi jika anda sudah antivirus yang lain dalam komputer, buang ia terlebih dahulu sebelum memasang Avira. 


2. Mpcstar / VLC supaya anda boleh memainkan pelbagai jenis video. 

3. Winrar untuk membuka fail-fail jenis .zip, .rar, .7z, dan banyak lagi. 

4. Flash Player untuk memainkan YouTube, dan segala jenis video Flash di Internet. 

5. Adobe Reader untuk membuka fail PDF.

6. Microsoft Office.

sumber : mxdotmy


Written by

0 Comments: