6 Sebab Blue Screen Windows
Blue Screen of Death (juga dikenali sebagai masalah terhenti, BSOD,bluescreen, atau Blue Screen of Doom) adalah perkataan harian digunakan untuk memaparkan masalah kesalahan oleh beberapa sistem operasi, khususnya Microsoft Windows, selepas menghadapi masalah sistem penting yang boleh menyebabkan sistem untuk shut down.
Kadang-kadang anda mungkin melihat skrin biru pada komputer anda semasa menghidupkannya. jika skrin berwarna biru keluar semasa startup ia menandakan operasi tidak dapat diteruskan kerana masalah pada sistem fail. Anda tidak boleh melakukan apa-apa selain merasa kecewa yang teramat sangat dan terpaksa mematikan komputer anda secara paksaan.
Penyebab utama skrin biru adalah kerana kekacauan dalam registry yang tidak pernah diambil berat oleh pengguna komputer. Registry bertanggungjawab untuk menjalankan perkakasan dan perisian yang menyimpan semua nilai yang sama. penggunaan komputer dengan lama tanpa menjalankan penjadualan scan boleh merosakkan registry dan mengakibatkan fail korup. Skrin biru akan muncul apabila registry tidak mampu untuk memuatkan pemacu.
Setiap kali komputer dihidupkan ia akan memaparkan arahan loading. Namun apabila ia tidak dapat mencari arahan yang betul disebabkan fail rosak, komputer akan mengeluarkan mesej "error".
Anda hanya perlu menyingkirkan masalah blue screen tersebut dengan menjalankan aplikasi perisian seperti registry cleaner ataupunCCleaner. Sekarang ini banyak pembangun perisian telah memperkenalkan versi mereka sendiri bagi mengoptimumkan pc anda dan memadam semua fail yang rosak. Ia disarankan untuk menjalankan perisian tersebut sekerap yang mungkin atau paling tidak pun seminggu sekali.
1. Serangan Virus atau Spyware
Virus dan Spyware boleh menyebabkan komputer anda dalam risiko yang tinggi menghadapi Blue Screen ini..Ia menyerang komputer anda tanpa anda sedari..Virus atau spyware ini boleh menyerang BIOS, Driver Device [Pemacu Peranti] yang membawa kepada kerosakkan pada fail-fail didalamnya.
2. RAM ATAU HARD DISK
Kerosakan peralatan (hardware) tertentu seperti hard disk, memory (ram), dan lain-lain peralatan yang disambungkan ke PC. Biasanya terjadi kerosakan RAM dan hard disk merupakan dua alat yang kerap kali menyebabkan blue screen.
3. Perisian Yang Gagal Berfungsi
Perisian yang mempunyai masalah ketika proses pemasangan [install]…Perisian ini mungkin mempunyai masalah untuk berinteraksi denganWindows kerana semasa proses pemasangan terdapat fail-fail yang telah rosak..Perisian yang tidak serasi dengan Windows juga boleh menyebabBlue Screen ini, contohnya Vista memerlukan perisian yang hanya dibangunkan khas untuk sistem operasi ini sahaja dan jangan sesekaliinstall perisian yang tidak boleh beroperasi dengan Vista ini.
4. Device Driver [Pemacu Peranti]
Apabila perkakasan baru dipasang pada komputer dan pemacu perantinya tidak sesuai, salah atau tidak dikemaskini untuk perkakasan tersebut…Ini akan menyebabkan perkakasan tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan Windows.
5. Startup Error
Perkakasan gagal, driver rosak, corrupt file volume, system misconfiguration dan jangkitan virus boleh menyebabkan windows tidak boleh beroperasi ketika proses boot…Semua error akan dipaparkan sebelum Windows dipaparkan…Ketika proses boot, Windows tidak dapat berkomunikasi dengan fail-fail yang berkaitan dengan sempurna…
6. Registry Error
Kerosakan pada Registry boleh terjadi dengan tidak dijangka…Windows Registry ini mengandungi suatu sistem konfigurasi yang lengkap termasuk konfigurasi perkakasan dan device driver..Sekiranya terdapat ralat pada sistem Registry dengan mudah ia menyebabkan sistem tidak berfungsi dan menyebabkan Bue Screen. - sumber
0 Comments: