Jenis Makanan Yang Menyebabkan Kita Pelupa
Masalah lupa sering berlaku dalam kalangan pelajar dan individu yang bekerja
Adakah anda seorang yang pelupa hingga kadang-kala menyusahkan diri sendiri. Sesetengah orang biarpun masih muda usianya tetapi kerap lupa. Mengapakah hal ini berlaku? Tentu ada sebab dan musababnya…
Sesetengah pendapat ada mengatakan bahawa terdapat jenis-jenis makanan yang kita makan sehari-hari itu boleh mempengaruhi diri kita untuk menjadi seorang yang pelupa. Masalah pelupa ini bukan sahaja terjadi kepada orang-orang tua tetapi juga kepada golongan muda khususnya para pelajar.
Orang tua-tua selalu mengingatkan supaya jangan selalu makan kepala ikan, kerana ditakuti cepat jadi pelupa. Tetapi biasanya amaran ini tidak diendahkan oleh anak-anak zaman ini.
Sebenarnya, dalam kepala ikan itu terdapat asid yang boleh merosakkan neuron-neuron dalam otak kita. Sebaiknya kita kurangkan pemakanan kepala ikan ini atau pun tinggalkan terus dari memakannya.
Selain itu, ada beberapa lagi faktor makanan yang menjurus kepada penyakit pelupa ini. Berikut ini adalah senarai tentang jenis-jenis makanan yang perlu dielakkan.
Makanan Yang Boleh Menjadikan Kita Seorang Pelupa
1. Banyak makan epal masam.
2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.
3. Banyak makan bawang besar.
4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
5. Memakan kepala ikan.
6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh
melemahkan ingatan.
melemahkan ingatan.
7. Makan sehingga terlalu kenyang.
8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas
dan makanan segera. Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.
dan makanan segera. Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.
sumber : bicarasantai.com
0 Comments: