Hidangan Kejam !!
Salam para pembaca. Paparan kali ini mengisahkan tentang beberapa hidangan kejam yang dilakukan oleh segolongan manusia di beberapa buah negara di dunia. Hanya kerana untuk melayan selera makan yang pekik-pelik ini ada manusia yang sanggup menyediakan makanan-makanan ini dalam bentuk yang kejam sebelum ianya dijamu kepada pelanggan mereka.
Kasihan melihat haiwan-haiwan ini yang menerima penyiksaan sebelum ianya dihidangkan kepada manusia yang hanya mahu memenuhi selera mereka. Hakikatnya perbuatan mereka ini sangatlah tidak berperikemanusiaan!. Inilah antara cara penyediaan menu makanan di beberapa restoran beberapa buah negara.
Ikizukuri Dari Jepun
Kejam…ikan ini dihiris hidup-hidup atas pinggan untuk dihidangkan
Sejenis makanan khas dari Jepun ini menyajikan ikan segar di atas pinggan dalam keadaan hidup. Namun, di luar masyarakat Jepun, menu ini njadi isu kontroversi kerana cara penyediaan makanan itu yang dianggap terlalu kejam. Sebelum menu ini disajikan, ikan hidup tersebut diletakkan di atas pinggan dengan tubuh yang sudah dihiris nipis-nipis namun ikan tersebut masih dalam keadaan masih hidup. Menggeliat malah masih berjuang untuk terus hidup di atas piring hidangan.
Ortolan Dari Perancis
Nama menu makanan ini sangat berpadanan dengan nama sajiannya di mana bahan sajian menu ini diperolehi daripada burung Ortolan. Cara memasak burung ini sangat mudah iaitu ketika burung ini yang pada mulanya hanya seberat 2 ons, kedua-dua mata burung ini ditusuk dan diberi makan secara paksa sehingga berat badannya naik mendadak iaitu dua hingga empat kali ganda!.
Setelah itu, burung tersebut akan dilemaskan hidup-hidup dalam Armagna iaitu sejenis minuman keras. Burung yang sudah mati kemudiannya akan dipanggang selama 6 hingga 8 minit sebelum dijadikan santapan para pelanggan yang memesan. Entah bagaimana perasaan individu yang akan menyuap daging burung ini ke mulutnya..mungkin jua sedap hingga lupa akan tersiksanya haiwan itu sebelum dijadikan hidangan.
Foie Gras Dari PerancisSeterusnya, menu yang lebih kejam ini dibuat daripada hati angsa atau pun itik. Untuk menyediakan hidangan ini, itik atau angsa akan terlebih dahulu harus memenuhi syarat tertentu iaitu dipaksa makan jagung berlemak.
Itik-itik tersebut sedang dipaksa makan jagung berlemak
Cantik hidangan ini..namun disebaliknya?
Kaedahnya begini, apabila umur itik atau angsa telah cukup matang, mereka akan diberi makan dengan cara memaksa menelan jagung yang berlemak hingga hati haiwan-haiwan ini mengembang 6 kali ganda lebih besar. Setelah itu, barulah hati itik atau angsa ini dimasak dengan pelbagai cara masakan sebelum dihidangkan ke meja pelanggan.
Dojo Tofu Dari JepunTidak susah untuk memasak menu ini iaitu dengan memasak air hingga mendidih, kemudian masukkan tofu hingga tenggelam ke dalam dasar bekas didiah tadi. Seterusnya, belut-belut kecil yang masih hidup akan dimasukkan ke dalamnya. Belut-belut ini kemudiannya, akan berebut-rebut untuk masuk ke dalam tofu yang sejuk kerana tidak tahan dengan air yang mendidih itu. Hasilnya?
Hasilnya, sajian ini akan berbentuk seperti keju Swiss yang berlubang-lubang yang terbentuk daripada usaha dan perjuangan belut-belut kecil tadi yang meronta-ronta mengelakkan diri daripada kepanasan air mendidih. Mudah bukan?
Menu Feng Gan Ji Dari Tibet, China
Ini pula menu masakan yang memerlukan ayam segar dan pisau yang sangat tajam serta seorang tukang masak yang berhati kering dan kejam. Bagaimana caranya? Persiapan untuk menu ini adalah dengan ayam yang sudah dibelah perutnya hidup-hidup, lalu dikeluarkan isi perutnya. Setelah itu, pelbagai ramuan herba akan dimasukkan ke dalam perut ayam sebagai penyedap hidangan. Akhir sekali, perut ayam tersebut akan dijahit semula dan digantung begitu saja di bawah terik matahari sehingga kering sebelum dimakan.
Ini pula menu masakan yang memerlukan ayam segar dan pisau yang sangat tajam serta seorang tukang masak yang berhati kering dan kejam. Bagaimana caranya? Persiapan untuk menu ini adalah dengan ayam yang sudah dibelah perutnya hidup-hidup, lalu dikeluarkan isi perutnya. Setelah itu, pelbagai ramuan herba akan dimasukkan ke dalam perut ayam sebagai penyedap hidangan. Akhir sekali, perut ayam tersebut akan dijahit semula dan digantung begitu saja di bawah terik matahari sehingga kering sebelum dimakan.
Proses penyediaan ayam disumbat herba khas untuk memperisakannya
Menu Huo Jia Lu & Jiao Lu Rou Dari China
Menu makanan yang seterusnya merupakan daging keledai yang dijadikan hidangan istimewa kepada pelanggan. Namun, menurut cara memasak ala kuno agar lebih sedap maka daging keledai perlu dipotong dalam keadaan hidup-hidup dan dimasak terus sebelum disajikan kepada para pelanggan restoran.
Tidak bertamadun…keldai dilapah hidup-hidup
Tergamaknya mereka memperlakukan haiwan sedemikian rupa
Menu kedua ini pula hampir menyamai menu yang pertama di mana masakan ini menggunakan bahan yang sama iaitu daging keledai, namun berbeza cara penyajiannya. Pada mulanya, keledai akan dilapah secara hidup-hidup dan disiram dengan air mendidih pada dagingnya secara berterusan hingga masak. Kemudian, daging keledai yang telah siap dijirus air panas tadi kemudiannya akan dipotong untuk segera disajikan.
sumber :
0 Comments: