10 Agama Terbesar di Dunia Mengikut Jumlah Penganutnya

Emile Durkheim mengatakan bahawa agama adalah suatu sistem yang bersepadu yang terdiri atas kepercayaan dan amalan yang berkaitan dengan hal yang suci. Agama menurut Kamus Dewan adalah sistem yang mengatur tata keimanan (kepercayaan) dan peribadatan kepada Tuhan Yang Maha Kuasa serta tata kaedah yang berkaitan dengan pergaulan manusia dan manusia serta persekitarannya.

 Itulah definisi agama menurut Émile Durkheim dan Kamus Dewan, tapi disini tabekpuang tidak mendefinisikan apa itu Agama seperti yang telah diterangkan diatas, namun kami akan menerangkan 10 Agama terbesar di dunia mengikut jumlah penganutnya, dari data yang ditemui ini 10 agama dengan penganut terbanyak di dunia:

                                                                                        1. Kristian (2.1 bilion) 


Agama Kristian adalah sebuah kepercayaan yang berdasarkan pada ajaran, hidup, sengsara, wafat dan kebangkitan Yesus Kristus. Agama ini meyakini Yesus Kristus adalah Tuhan dan Mesias, juru selamat bagi seluruh umat manusia, yang menebus manusia dari dosa.

2. Islam (1.5 bilion)


Pengikut ajaran Islam dikenal dengan sebutan Muslim yang bererti "seorang yang tunduk kepada Tuhan", atau lebih lengkapnya adalah Muslimin bagi lelaki dan Muslimat bagi perempuan. Islam mengajarkan bahawa Allah menurunkan firman-Nya kepada manusia melalui para nabi dan rasul utusan-Nya, dan meyakini dengan sungguh-sungguh bahawa Muhammad adalah nabi dan rasul terakhir yang diutus ke dunia oleh Allah.

3. Agnostic / Agama yang berpandangan bahwa Tuhan tidak dapat diketahui (1.1 bilion)


Agnostisisme adalah suatu pandangan falsafah bahawa suatu nilai kebenaran dari suatu tuntutan tertentu yang umumnya berkaitan dengan teologi, metafizik, kewujudan Tuhan, dewa, dan lain-lain yang tidak dapat diketahui dengan akal fikiran manusia yang terbatas. Seorang agnostik mengatakan bahawa adalah tidak mungkin untuk dapat mengetahui secara definitif pengetahuan tentang "Yang-Mutlak", atau, boleh dikatakan juga, bahawa walaupun perasaan secara subjektif mungkin, namun secara objektif pada dasarnya mereka tidak mempunyai maklumat yang dapat disahkan.

4. Hindu (1bilion)



Agama Hindu (Sanskerta: Sanatana Dharma सनातन धर्म "Kebenaran Abadi"), dan Vaidika-Dharma ("Pengetahuan Kebenaran") adalah sebuah agama yang berasal dari anak benua India. Agama ini merupakan lanjutan dari agama Weda (Brahmanisme) yang merupakan kepercayaan bangsa Indo-Iran (Arya). Agama ini dijangka muncul antara tahun 3102 SM hingga 1300 SM dan merupakan agama tertua di dunia yang masih bertahan hingga kini.


5. Buddha (500 juta)


Buddha (Sanskerta: बुद्ध bererti. Mereka yang Sadar, Yang mencapai pencerahan sejati. Dari perkataan Sanskrit: "Budh", untuk mengetahui) merupakan gelar kepada individu yang menyedari potensi penuh mereka untuk memajukan diri dan yang berkembang kesedarannya. Dalam penggunaan kontemporari, ia sering digunakan untuk merujuk Siddharta Gautama, guru agama dan pengasas Agama Buddha (dianggap "Buddha bagi waktu ini"). Dalam penggunaan lain, ia merupakan tarikan dan contoh bagi manusia yang telah sedar.

6. Indigenous/Agama Adat (450 juta)


Indigenous adalah orang-orang, komuniti, dan bangsa yang asli di daerah tertentu. Banyak adat budaya merupakan minoriti yang menonjol dalam masyarakat majoriti-budaya kebarat-baratan, dan mereka biasanya bermaksud menuju memelihara, menghidupkan, dan meningkatkan kohesi dan keunikan nilai-nilai tradisional mereka, sosial dan adat istiadat, bersama dengan usaha sungguh-sungguh untuk menghantar pengetahuan ini untuk generasi akan datang. Agama Indigenous masih banyak ditemui di kawasan benua Afrika, Amerika dan Asia.


7. Chinese traditional (400 juta)


Kepercayaan tradisional Cina ialah tradisi kepercayaan rakyat yang dipercayai oleh kebanyakan bangsa Cina dari suku Han. Kepercayaan ini tidak mempunyai kitab suci rasmi dan sering merupakan asimilasi antara beberapa kepercayaan atau falsafah antara lain Buddhisme, Konfusianisme dan Taoisme. Kepercayaan tradisional Cina ini juga mengutamakan lokalisme seperti dapat dilihat pada penghormatan pada datuk di kalangan Cina di Sumatera sebagai pengaruh dari kebudayaan Melayu.

8. Shinto (27 – 65 juta)


Shinto (神道 Shintō?, Secara harfiah bermakna "jalan / laluan dewa") adalah sebuah agama yang berasal dari Jepun. Dari masa Pemulihan Meiji hingga akhir Perang Dunia II, Shinto adalah agama rasmi di Jepun. Agama Shinto melibatkan penyembahan kami, yang boleh diterjemahkan sebagai dewa, roh alam, atau sekadar kehadiran spiritual. Sebahagian kami berasal dari daerah tempatan dan boleh dianggap sebagai roh yang mewakili kawasan tersebut, namun kami lain mewakili benda-benda dan proses alami utama, misalnya Amaterasu, sang dewi matahari.

9. Sikh (25 juta)


Sikh (bahasa Punjabi: ਸਿੱਖੀ) adalah salah satu agama terbesar di dunia. Agama ini berkembang terutamanya pada abad ke-16 dan 17 di India. Kata Sikh berasal dari kata Sikh, yang bererti "murid" atau "pelajar". Kepercayaan-kepercayaan utama dalam Sikhisme adalah: Percaya dalam satu Tuhan yang pantheistik. Kalimat pembuka dalam naskah-naskah Sikh hanya sepanjang dua kata, dan mencerminkan kepercayaan dasar seluruh umat yang taat pada ajaran-ajaran dalam Sikh: Ek Onkar (Satu Tuhan). Ajaran Sepuluh Guru Sikh (serta para cendekiawan Muslim dan Hindu yang diterima) boleh ditemui dalam Guru Granth Sahib.



10. Yahudi (18 juta)


Yahudiah (Yahudi) adalah kepercayaan yang unik untuk orang / bangsa Yahudi (penduduk negara Israel mahupun orang Israel yang tinggal di luar negeri). Teras kepercayaan penganut agama Yahudi adalah wujudnya Tuhan yang Maha Esa, pencipta dunia yang menyelamatkan bangsa Israel dari penindasan di Mesir, menurunkan undang-undang Tuhan (Torah) kepada mereka dan memilih mereka sebagai cahaya kepada manusia sedunia.

 Kitab Suci agama Yahudi menuliskan Tuhan telah membuat perjanjian dengan Abraham bahawa beliau dan cucu-cicitnya akan diberi rahmat apabila mereka selalu beriman kepada Tuhan. Perjanjian ini kemudian diulangi oleh Ishak dan Yakub. Dan kerana Ishak dan Yakub menurunkan bangsa Yahudi, maka mereka meyakini bahawa merekalah bangsa yang terpilih. Penganut Yahudi dipilih untuk melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab khusus, seperti mewujudkan masyarakat yang adil dan makmur dan beriman kepada Tuhan. Sebagai balasannya, mereka akan menerima cinta serta perlindungan Tuhan. Tuhan kemudian menganugerahkan mereka Sepuluh Perintah Allah melalui pemimpin mereka, Musa.

sumber : -



Written by

2 comments:

  1. If some one wishes to be updated with latest technologies therefore
    he must be visit this site and be up to date all the time.


    Feel free to visit my web page :: Goodgame Empire Cheats

    ReplyDelete
  2. No it wasn illegal. Get your facts straight. Brown gave Coach Outlet up all rights to the child when she was born. Present paper focuses on Ray Ban Glasses the MHD simulations that follow the ejection of magnetic flux ropes to 4R. We first propose a technique for specifying the pre eruptive plasma properties in the corona. Next, time dependent MHD simulations describe the ejection of two magnetic flux ropes, that produce time New Jordan Shoes 2020 dependent boundary conditions for the magnetic field and plasma at 4R that in future may be applied to interplanetary space weather prediction models. Yeezy Boost 350

    To authenticate the notion of a Just God there must be Yeezy Discount some place for the unjust. Certainly Coach Handbags Clearance they can not reside in Ray Ban Outlet the domains of the just. And what about those who have no belief at all in religion, a God, a Heaven or a Hell where do they stand on the subject? Coach Outlet Store People like atheists/agnostics who remarkably represent more than six million people worldwide.

    ReplyDelete