Nikmat Bersin dan Menguap

Sudahkah saudara pembaca bersin mahupun menguap hari ini?  Dua perkara ini iaitu bersin dan menguap merupakan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sebenarnya.  Bersin dan menguap pada dasarnya termasuk antara nikmat daripada Allah yang manfaatnya sangat besar dan mustajab.
bersin
Bersin mempunyai manfaatnya tersendiri
Jika  seseorang itu bersin dan tidak pula membaca “Alhamdulillah” maka dia tidak layak didoakan kerana tidak bersyukur nikmat yang Allah SWT kurniakan.
Menurut Ibnu Qaiyyim, bersin dapat mengeluarkan wap dari dalam otak yang jika dibiarkan (tidak dimanfaatkan) akan berbahaya. (Kitab Zadul Ma’ad).
Bersin adalah mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat luar ke dalam tubuh. Ketika bersin, udara kotor keluar dengan keras melalui hidung dan mulut berkecepatan sekitar 161 kilometer/jam.
Menurut kajian, bersin merupakan aktiviti yang positif kerana berfungsi membersihkan ruang rongga antara hidung, mulut, dan tenggorokan.  Bersin juga dikatakan dapat meringankan beban otak.   Untuk itulah, setelah bersin, bacalah “Alhamdulillah” sebagai bukti bersyukur kepada Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika seorang di antara kamu bersin, ucapkanlah `alhamdulillah’ (segala puji bagi Allah). Di samping itu orang yang mendengarnya mendoakan dengan ucapan `yarhamukallah’ (semoga Allah merahmatimu), orang yang bersin tadi membaca doa `yahdikumullahu wa yusilhu balakum’ (semoga Allah memberikan hidayah dan memperbaiki keadaanmu.” (Hadis Riwayat Bukhari).
Seterusnya, apakah menguap bererti kita menjadi individu yang lemah dan malas?  Menguap terjadi kerana minimumnya oksigen dalam tubuh. Biasanya, orang menguap apabila tubuh lelah, malas, bosan, atau mengantuk.
menguap
Menguap juga besar manfaatnya
Nabi s.a.w  bersabda yang maksudnya : “Menguap itu daripada syaitan. Oleh itu jika menguap, tahanlah sedapat yang mungkin. Sebab jika orang menguap hingga terucap `ha’ , syaitan tertawa menyaksikannya.” (Hadis Riwayat Bukhari).
Sesetengah orang apabila menguap, mulut tidak ditutup dengan tangan, maka syaitan amat menyukai yang demikian, di samping itu juga virus akan keluar dari mulut seseorang yang boleh menyebarkan penyakit.
Ulama’ menganjurkan kita bila sahaja menguap tahan jangan membuka mulut dan terus membaca membaca ‘auzubillahiminasyaitanirrajim bismillahirahmanirrahim‘ supaya syaitan yang datang menganggu dapat dijauhi daripada mentertawakan kita.
Syaitan tertawa gembira dengan tabiat demikian, kerana menyukai kemalasan dan kedunguan, sedangkan agama sangat anti dengan kemalasan dan menganjurkan umatnya untuk giat bekerja dan beramal.  Nabi Muhammad SAW  pun selalu berlindung daripada sifat kemalasan dan unsur yang negatif.
Sunnahnya orang bersin merendahkan suaranya. Faedahnya ialah ketika orang bersin kebanyakannya membuat suara tinggi yang boleh mengganggu, maka disunnahkan baginya untuk merendahkan suaranya dengan meletakkan tangannya atau pakaiannya ke wajahnya.
Abu Hurairah berkata: “Do’akan saudaramu yang bersin sebanyak tiga kali, kalau lebih daripada tiga maka dia sedang selesema.”
Dari al-Barra’ bin ‘Azib berkata  “Nabi memerintahkan kepada kami dengan tujuh perkara dan melarang kami dari tujuh perkara, maka Baginda menyebutkan iaitu menjenguk orang sakit,  mengiringi jenazah,  mendoakan orang bersin,  membalas salam,  menolong orang yang dizalimi,  memenuhi jemputan dan memperhatikan keinginan orang yang bersumpah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Semoga kita semua dapat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW ketika bersin dan menguap serta  mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT dan terhindar daripada penyakit dan gangguan syaitan.




Written by

0 Comments: