Fakta Auta
1. Katak boleh dieja terbalik kataK dan masih berbunyi katak tetapi jika kita terbalikkan katak, belum tentu ia akan mengeluarkan bunyi.
2. Kuda amat kuat berlari dan mampu memberi duit haram yang banyak tetapi penagih pil kuda menghabiskan banyak duit haram untuk benda haram.
3. Arak mula dicipta oleh manusia, saya ulang MANUSIA, bukan anjing, bukan biba dan bukan beruk tetapi apabila manusia mabuk, 3 binatang inilah yang mereka sebut, pelik tapi benar.
4. Ikan kaya dengan protein dan dijual dengan harga yang mahal tetapi nelayan tetap miskin, memang misteri.
5. Ramai pemimpin negara suka bersedekah,tolong anak yatim, tolong orang susah, bagi duit pada rakyat, bagi makanan dan pakaian serta duit saku pada fakir miskin dan bagi sumbangan pada badan-badan tertentu,mereka sungguh pemurah apabila dekat pilihan raya
0 Comments: