Smile Always 2013

FUNGSI MOTHERBOARD

Bagi sebagian besar para pengguna komputer atau PC, pasti anda tahu tentang komponen komputer yang bernama motherboard. Tetapi masih banyak juga yang tidak mengetahui pengertian serta fungsi dari motherboard. Pada kesempatan kali ini Saya akan sedikit tentang pengertian motherboard, fungsi motherboard dan bahagian- bahagian dari motherboard.

Pengertian Motherboard
Motherboard berasal dari bahasa Inggris yang bermaksud papan induk, ada juga yang menyebut mainboard, dan ada juga yang menyebut mobo. Pengertian motherboard adalah papan induk merupakan tempat meletakkan pelbagai  macam komponen elektronik yang saling berkaitan satu sama lain, biasanya terdapat pada komputer (PC).
Seperti yang kita ketahui, motherboard atau mainboard pada PC merupakan tempat memasang komponen-komponen komputer yang didalamnya terdapat soket tempat memasang processor, RAM, Harddisk, VGA, Sound Card, LandCard dan komponen2 lainnya.

Fungsi Motherboard
Motherboard atau mainboard merupakan peranti / komponen utama dalam komputer dan mempunyai peranan penting dalam kefungsian sesebuah komputer. Seperti yang kita ketahui di awal, motherboard memiliki fungsi iaitu menghubungkan seluruh komponen-komponen yang menyusun sebuah komputer. Komponen-komponen tersebut antara lain processor, RAM, harddisk, VGA Card, Lan Card dan lain-lain. Tugas motherboard disini adalah menyambung bahasa kod antara peranti keras untuk dihubungkan menjadi sebuah aktiviti kerja peranti komputer.

Selain itu, dalam kerjanya motherboard mempunyai tugas mengatur hal-hal teknikal lain, seperti tetapan BIOS (Basic Input Output System), processor, RAM, VGA Card dan additional card (PCI, ISA).

Komponen dan Bahagian-Bahagian Motherboard
Motherboard terdiri daripada beberapa komponen dan bahagian-bahagian yang mempunyai fungsi tersendiri. Motherboard terdiri dari 2 bahagian iaitu dalaman motherboard dan luaran motherboard. Dalaman motherboard iaitu bahagian-bahagian motherboard yang biasanya berada di dalam casing komputer, sedangkan external motherboard adalah bahagian-bahagian (port) yang digunakan untuk mengukuhkan komponen tambahan pada komputer.

Berikut adalah sedikit penjelasan tentang bahagian-bahagian yang ada pada motherboard.
Dari gambar dalaman motherboard diatas terdapat beberapa slot yang telah ditanda. Berikut adalah penjelasan dari setiap slot motherboard.





CPU Socket adalah slot yang digunakan untuk memasang processor, berukuran sesuai dengan ukuran dari processor.

  • Memory Slots adalah slot atau tempat untuk memasang RAM pada motherboard.
  • Power Connector adalah tempat untuk menyambungkan kabel power dari power supply
  • SATA Port adalah port yang digunakan untuk menyambungkan kabel hardisk atau dvd room
  • PCI Slots adalah slot untuk memasang LAN Card
  • VGA Slot adalah slot untuk memasang VGA Card
  • IDE Port adalah port untuk memasang kabel IDE





Penjelasan yang termasuk kedalam  external motherboard :

  • Port PS/2 Keyboard adalah port untuk memasang keyboard, biasanya port ini berwarna ungu dan digunakan oleh keyboard jenis port PS/2.
  • Port PS/2 Mouse adalah port untuk memasang mouse, biasanya port ini berwarna hijau.
  • USB adalah port untuk memasang USB
  • Printer Parallel Port adalah port yang digunakan untuk memasang printer sebelum generasi USB.
  • Com1 dan Com2 adalah port serial yang biasa digunakan untuk mouse dan keyboard.
  • VGA Port adalah port untuk menyambungkan komputer dengan skrin monitor 
  • Game Port adalah port yang digunakan untuk joystick
  • Audio Line Out, Audio Line In dan Microphone adalah untuk memasang audio speaker.
  • LAN Port : Untuk menghubungkan komputer dengan jaringan LAN.




Read more

PENGENALAN KOMPUTER SISTEM

PENGENALAN KOMPUTER

.:: Mesin/peranti yang digunakan untuk mengendali data input
    sebagaimana yang diarahkan oleh pengguna.

.:: Untuk mengendalikan satu komputer, komputer itu mesti
    diarahkan dengan tepatnya apa tindakan-tindakan yang perlu
    dilakukan.

.:: Satu jujukan arahan kepada komputer dipanggil aturcara
    komputer (computer program).

.:: Arahan-arahan yang difahami oleh komputer dipanggil kod mesin/bahasa mesin.

.:: Proses menyediakan aturcara komputer dipanggil pengaturcaraan 
    komputer (computer programming).

.:: Aturcara komputer ditulis dalam bahasa pengaturcaraan (programming language).


KOMPONEN SATU KOMPUTER 

.:: Unit Pemprosesan Unit (CPU) - Bertanggungjawab melaksanakan aturcara.

.:: Ingatan - Menyimpan aturcara dan data. 
                                   - Ingatan uatama ( RAM )
                                   - Storan sekunder (Hard Disk, Cakera Padat)

.:: Peranti Masukan dan Keluaran peranti masukan.
                                  - Aturcara & data dimasukkan ke ingatan melalui 
                                  - Hasil pemprosesan dihantar ke peranti keluaran.

.::Perkakasan (Hardware) - Peralatan komputer yang diperlukan untuk melaksana aturcara.

.:: Perisian (Software) - Aturcara yang menjadikan perkakasan berguna.

APAKAH FUNGSI ASAS KOMPUTER

1. Input  -   Memasukan data & arahan ke dlm ingatan menggunakan peranti input.

2. Pemprosesan data  -   Melaksanakan arahan aturcara & memproses .

3. Output    -   Mengeluarkan dan memaparkan keputusan & maklumat yang dihasilkan   
                       menggunakan peranti output.

4. Storan -  Menyimpan maklumat untuk kegunaan masa hadapan menggunakan   
                   ingatan utama dan ingatan sekunder.


PERISIAN

.:: Merupakan sekumpulan arahan yg disusun dlm sintak yg tertentu
    untuk melaksanakan sesuatu tugas. 

.:: 2 bahagian perisian komputer:
                                   1. Perisian sistem
                                   2. Perisian pengguna@aplikasi

PERISIAN SISTEM

.:: Aturcara perkakas yang memudahkan komputer untuk digunakan,
    terutama kepada pembangun & pengaturcara perisian.

.:: Cth2 perisian sistem:
       
  - Sistem pengendalian (operating system)   -   Perisian komputer yg berfungsi  
                                                                            mengtakbir pengendalian, peruntukan &
                                                                            penjadualan sumber & proses dlm
                                                                            sistem supaya pengguna dpt
                                                                            menggunakan  sistem dgn mudah. 
                                                                            (cth: Windows, UNIX & OS/2)


PERISIAN APLIKASI

.:: Aturcara yang dibangunkan khusus utk melakukan kerja2 tentu @
     menyelesaikan masalah tertentu dgn menggunakan perisian sistem.




Read more

Membuat Kabel UTP

Apa yang diperlukan untuk membuat kabel UTP ?

Crimping tools, ini adalah alat untuk mengepit kabel UTP ke connector RJ45. Pastikan anda mempunyai crimping tools ini untuk mengepit connector RJ45, mempunyai sisi yang kuat. Kerana jika penyepitnya tidak kuat ianya akan lebih mudah merosakkan pin tembaga RJ45.


Connector RJ45, Connector adalah alat yang dipasang pada hujung kabel UTP tujuanya supaya kabel dapat dipasang pada port LAN di jaringan rangkaian.

Kabel UTP/LAN, jenis kabel yang digunakan dalam jaringan komputer jenis kabel UTP Cat 5 yang mempunyai 8 kabel berlainan warna didalamnya.






Bagaimanakah turutan warna di Kabel LAN / UTP ?


Kabel ini mempunyai urutan warna yang perlu diketahui dalam pembuatan kabelnya. Urutan warna ini mempunyai dua jenis, jenis kabel UTP straight dan cross yang mempunyai urutan warna berbeza.

.:: Urutan Warna Kabel LAN Straight


Kabel straight mempunyai urutan warna yang sama di kedua hujungnya.


Urutan dari PIN 1 – 8

1. Oren Putih
2. Oren
3. Hijau Putih
4. Biru
5. Biru Putih
6. Hijau
7. Coklat Putih
8. Coklat









.:: Urutan Warna Kabel LAN Cross


Kabel cross mempunyai urutan warna yang berbeza di salah satu pada hujungnya. Di salah satu hujungnya seperti berikut :

Urutan di hujung kabel ke 2 :

1. Hijau Putih.
2. Hijau.
3. Orange Putih.
4. Biru.
5. Biru Putih.
6. Orange.
7. Coklat Putih.
8. Coklat.





Bagaimana Cara Membuat Kabel UTP / LAN

Credit: Dong Ngo/CNET

  • Potong panjang kabel mengikut keperluan.
  • Tanggalkan kulit luar kabel ( warna biru), seruas jari kelingking saja. kaedah ini perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya kabel kecil didalamnya tidak terpotong.
  • Urut kabel kecil didalamnya supaya lurus, agar mudah dimasukan pada connector RJ45.
  • Masukkan kabel ke connector RJ45, pastikan semua hujung kabel sampai rapat dan rata pada penghujung connector RJ45 supaya kabel terkena oleh tembaga connector RJ45.
  • Kepit connector menggunakan crimping tools, pastikan posisi kabel dalam keadaan stabil dan baik supaya posisi kabel tidak berubah ketika kaedah ini dilakukan agar kabel dapat dimasukkan dengan baik dan sempurna.
  • Selesai.

Cara Menguji Kabel UTP


Setelah selesai membuat kabel, apa yang perlu dilakukan adalah
Image result for kabel tester
Cable Tester
dengan menguji keberhasilan kabel tersebut samaada kabel tersebut berfungsi atau sebaliknya. Pengujian dapat dilakukan dengan menggunakan alat pengujian kabel UTP (kabel tester) atau dicuba terus pasang ke komputer.



Read more

Cara Setting MODEM

Jika anda pengguna streamyx, kami pasti anda dibekalkan modem dari TM dengan jaminan selama 1 tahun, tahukah anda komponen elektronik mempunyai jangka hayat begitu juga dengan modem streamyx anda, maka ianya akan rosak mungkin terkena kilat atau sudah sampai masanya, tanda modem anda rosak iaitu wifi anda tidak terhubung atau salah satu port lan pada modem anda tidak berfungsi atau modem anda terus tidak menyala kesemua LED.


Langkah 1 :- Anda perlu on terlebih dahulu modem dan pastikan kesemua lampu pada modem menyala, pastikan kesemua cable pada modem sudah dipasang.




Langkah 2 :- Jika kesemua lampu pada modem menyala dan anda telah menghubungkan cable lan ( local area network ) pada modem ke komputer anda, seterusnya buka browser ( pelayar ) samada internet explorer/mozilla firefox/google chrome atau lain-lain.


Langkah 3 :- Taip ip address/default gateway 192.168.1.1 pada address bar pada browser maka akan keluar satu pop up atau panel dimana meminta anda memasukkan username dan passsword, secara default masukkan username : admin dan passsword : admin . untuk melihat username dan password MODEM anda..sila lihat dibawah MODEM anda.





Langkah 4 :- Anda akan dibawa ke halaman baru, seterusnya klik menu button ” Setup Wizard @ Quick Setup ” bergantung kepada jenis modem, bagi modem jenis D-Link anda perlu klik menu button ” Setup Wizard ” , klik button next sebanyak 3 kali.


Langkah 5 :- Anda diminta untuk mengisi maklumat seperti dibawah.


Country : Malaysia

ISP : Streamyx (Telecom Malaysia – PPP0E)

Protocol : PPP0E

Encapsulation Mode : LLC

VPI : 0

VCI : 35

Username : nama_akaun@streamyx ( Anda boleh mendapatkan dari pihak TM )

Password : ( Anda boleh mendapatkan katalaluan dari pihak TM )


Langkah 6 :- Setelah langkah diatas selesai klik button next dan anda akan dibawa ke halaman tetapan wireless, masukkan nama wifi anda pada bahagiaan ” Wireless Network Name ( SSID ) ” untuk tujuan keselamatan agar pengguna lain tidak dapat menggunakan internet anda, anda perlu memilih security mode WPA-PSK/WPA2-PSK, masukkan password anda ( pastikan anda ingat katalaluan tersebut ), selepas setting bagi wireless anda hanya tekan button next.


Langkah 7 :- Setelah selesai,klik pada butang restart ( jika username dan password anda betul maka lampu pada modem ” Internet ” akan menyala dan anda boleh melayari internet.


kalau anda memerlukan sebarang bantuan, tinggalkan komen :)


Read more

10 Agama Terbesar di Dunia Mengikut Jumlah Penganutnya

Emile Durkheim mengatakan bahawa agama adalah suatu sistem yang bersepadu yang terdiri atas kepercayaan dan amalan yang berkaitan dengan hal yang suci. Agama menurut Kamus Dewan adalah sistem yang mengatur tata keimanan (kepercayaan) dan peribadatan kepada Tuhan Yang Maha Kuasa serta tata kaedah yang berkaitan dengan pergaulan manusia dan manusia serta persekitarannya.

 Itulah definisi agama menurut Émile Durkheim dan Kamus Dewan, tapi disini tabekpuang tidak mendefinisikan apa itu Agama seperti yang telah diterangkan diatas, namun kami akan menerangkan 10 Agama terbesar di dunia mengikut jumlah penganutnya, dari data yang ditemui ini 10 agama dengan penganut terbanyak di dunia:

                                                                                        1. Kristian (2.1 bilion) 


Agama Kristian adalah sebuah kepercayaan yang berdasarkan pada ajaran, hidup, sengsara, wafat dan kebangkitan Yesus Kristus. Agama ini meyakini Yesus Kristus adalah Tuhan dan Mesias, juru selamat bagi seluruh umat manusia, yang menebus manusia dari dosa.

2. Islam (1.5 bilion)


Pengikut ajaran Islam dikenal dengan sebutan Muslim yang bererti "seorang yang tunduk kepada Tuhan", atau lebih lengkapnya adalah Muslimin bagi lelaki dan Muslimat bagi perempuan. Islam mengajarkan bahawa Allah menurunkan firman-Nya kepada manusia melalui para nabi dan rasul utusan-Nya, dan meyakini dengan sungguh-sungguh bahawa Muhammad adalah nabi dan rasul terakhir yang diutus ke dunia oleh Allah.

3. Agnostic / Agama yang berpandangan bahwa Tuhan tidak dapat diketahui (1.1 bilion)


Agnostisisme adalah suatu pandangan falsafah bahawa suatu nilai kebenaran dari suatu tuntutan tertentu yang umumnya berkaitan dengan teologi, metafizik, kewujudan Tuhan, dewa, dan lain-lain yang tidak dapat diketahui dengan akal fikiran manusia yang terbatas. Seorang agnostik mengatakan bahawa adalah tidak mungkin untuk dapat mengetahui secara definitif pengetahuan tentang "Yang-Mutlak", atau, boleh dikatakan juga, bahawa walaupun perasaan secara subjektif mungkin, namun secara objektif pada dasarnya mereka tidak mempunyai maklumat yang dapat disahkan.

4. Hindu (1bilion)



Agama Hindu (Sanskerta: Sanatana Dharma सनातन धर्म "Kebenaran Abadi"), dan Vaidika-Dharma ("Pengetahuan Kebenaran") adalah sebuah agama yang berasal dari anak benua India. Agama ini merupakan lanjutan dari agama Weda (Brahmanisme) yang merupakan kepercayaan bangsa Indo-Iran (Arya). Agama ini dijangka muncul antara tahun 3102 SM hingga 1300 SM dan merupakan agama tertua di dunia yang masih bertahan hingga kini.


5. Buddha (500 juta)


Buddha (Sanskerta: बुद्ध bererti. Mereka yang Sadar, Yang mencapai pencerahan sejati. Dari perkataan Sanskrit: "Budh", untuk mengetahui) merupakan gelar kepada individu yang menyedari potensi penuh mereka untuk memajukan diri dan yang berkembang kesedarannya. Dalam penggunaan kontemporari, ia sering digunakan untuk merujuk Siddharta Gautama, guru agama dan pengasas Agama Buddha (dianggap "Buddha bagi waktu ini"). Dalam penggunaan lain, ia merupakan tarikan dan contoh bagi manusia yang telah sedar.

6. Indigenous/Agama Adat (450 juta)


Indigenous adalah orang-orang, komuniti, dan bangsa yang asli di daerah tertentu. Banyak adat budaya merupakan minoriti yang menonjol dalam masyarakat majoriti-budaya kebarat-baratan, dan mereka biasanya bermaksud menuju memelihara, menghidupkan, dan meningkatkan kohesi dan keunikan nilai-nilai tradisional mereka, sosial dan adat istiadat, bersama dengan usaha sungguh-sungguh untuk menghantar pengetahuan ini untuk generasi akan datang. Agama Indigenous masih banyak ditemui di kawasan benua Afrika, Amerika dan Asia.


7. Chinese traditional (400 juta)


Kepercayaan tradisional Cina ialah tradisi kepercayaan rakyat yang dipercayai oleh kebanyakan bangsa Cina dari suku Han. Kepercayaan ini tidak mempunyai kitab suci rasmi dan sering merupakan asimilasi antara beberapa kepercayaan atau falsafah antara lain Buddhisme, Konfusianisme dan Taoisme. Kepercayaan tradisional Cina ini juga mengutamakan lokalisme seperti dapat dilihat pada penghormatan pada datuk di kalangan Cina di Sumatera sebagai pengaruh dari kebudayaan Melayu.

8. Shinto (27 – 65 juta)


Shinto (神道 Shintō?, Secara harfiah bermakna "jalan / laluan dewa") adalah sebuah agama yang berasal dari Jepun. Dari masa Pemulihan Meiji hingga akhir Perang Dunia II, Shinto adalah agama rasmi di Jepun. Agama Shinto melibatkan penyembahan kami, yang boleh diterjemahkan sebagai dewa, roh alam, atau sekadar kehadiran spiritual. Sebahagian kami berasal dari daerah tempatan dan boleh dianggap sebagai roh yang mewakili kawasan tersebut, namun kami lain mewakili benda-benda dan proses alami utama, misalnya Amaterasu, sang dewi matahari.

9. Sikh (25 juta)


Sikh (bahasa Punjabi: ਸਿੱਖੀ) adalah salah satu agama terbesar di dunia. Agama ini berkembang terutamanya pada abad ke-16 dan 17 di India. Kata Sikh berasal dari kata Sikh, yang bererti "murid" atau "pelajar". Kepercayaan-kepercayaan utama dalam Sikhisme adalah: Percaya dalam satu Tuhan yang pantheistik. Kalimat pembuka dalam naskah-naskah Sikh hanya sepanjang dua kata, dan mencerminkan kepercayaan dasar seluruh umat yang taat pada ajaran-ajaran dalam Sikh: Ek Onkar (Satu Tuhan). Ajaran Sepuluh Guru Sikh (serta para cendekiawan Muslim dan Hindu yang diterima) boleh ditemui dalam Guru Granth Sahib.



10. Yahudi (18 juta)


Yahudiah (Yahudi) adalah kepercayaan yang unik untuk orang / bangsa Yahudi (penduduk negara Israel mahupun orang Israel yang tinggal di luar negeri). Teras kepercayaan penganut agama Yahudi adalah wujudnya Tuhan yang Maha Esa, pencipta dunia yang menyelamatkan bangsa Israel dari penindasan di Mesir, menurunkan undang-undang Tuhan (Torah) kepada mereka dan memilih mereka sebagai cahaya kepada manusia sedunia.

 Kitab Suci agama Yahudi menuliskan Tuhan telah membuat perjanjian dengan Abraham bahawa beliau dan cucu-cicitnya akan diberi rahmat apabila mereka selalu beriman kepada Tuhan. Perjanjian ini kemudian diulangi oleh Ishak dan Yakub. Dan kerana Ishak dan Yakub menurunkan bangsa Yahudi, maka mereka meyakini bahawa merekalah bangsa yang terpilih. Penganut Yahudi dipilih untuk melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab khusus, seperti mewujudkan masyarakat yang adil dan makmur dan beriman kepada Tuhan. Sebagai balasannya, mereka akan menerima cinta serta perlindungan Tuhan. Tuhan kemudian menganugerahkan mereka Sepuluh Perintah Allah melalui pemimpin mereka, Musa.

sumber : -



Read more